PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Terima kasih kerana sudi singgah di sini :) Jemput tengok-tengok, kalau berkenan boleh order. Untuk produk yang lain, sila lihat di home :))

Latest product

Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

2014

Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq

Puding roti


Mmmmm....sedap puding roti ni,pastu makan lak dengan aiskrim vanila...nyaman ja masuk mulut...Saja2 cuba resepi dr majalah,x sangka sedap puding ni..Kalau nak cuba di sini saya sertakan resepi.

Puding roti

Bahan-bahan:

10 keping roti 
4 biji telur
500ml susu segar
200ml krim putar (saya guna UHT whipping krim)
240gm gula
1 sudu teh asen vanila
2camb butter-cairkan
badam flakes
raisin

Cara-cara:

-Panaskan susu bersama krim dan gula hingga suam.Ketepikan
-Pukul telur dan esen vanila hingga kembang & tuangkan ke dalam campuran susu.Pukul hingga sebati.
-Susun roti dalam bekas,taburkan dengan badam flakes & raisin.
-Tutup dengan lapisan roti,tabur lagi dengan badam flakes & raisin.Ulangi langkah yg sama sampai habis.
-Tuang bancuhan susu & butter,biarkan selama 15 minit .
-Bakar pada suhu 180C selama 45 minit dengan kaedah steambath.

-