PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Terima kasih kerana sudi singgah di sini :) Jemput tengok-tengok, kalau berkenan boleh order. Untuk produk yang lain, sila lihat di home :))

Latest product

Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

2014

Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq

Carrot Walnut Cake-1.5kg

 
Ok ni Carrot Walnut kek pulakk..Ini tempahan dari Kak ana untuk majlis pertunangan anaknya Boy..

Red Velvet cupcakes

 
Juga tempahan dari staff SIRIM untuk majlis tunang.

Red Velvet Cake

Ini semua tempahan dari ornag SIRIM.Memang musim ni musim Red Velvet kek..

Red Velvet Cake-1kg

 
Kek ni utk anak teruna sebenarnya haha..tp sy ketandusan idea nak deco,so jadi la x tau deco apa org panggil ni..Kek ni kaya dgn cheese,layer dgn cheese,coated sekeliling dgn cheese jugak..

Kek Alunan Kasih

Kek ni saya cuba buat bila ramai kwn2 alam maya ni dah cuba.Memang sedap kek ni.Tak nyesal lah kalau buat hehe..Saya letak perisa yam &strawberi,yang bwh sekali plain,mmg ngam rasa dia.Kalau nak cuba resepi saya attach di sini:-

KEK ALUNAN KASIH


Sumber : kak nor

Bhn.

5 biji telur
250g butter
2 1/2 cwn tpg gandum } ayak
1st b/powder }
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn susu cair
1st vanila esen

serbuk koko - secukupnya

pewarna ikut suka

Cara

Butter + gula = pukul kembang
Masukkan telur satu persatu, pukul sampai kembang
Masukkan vanila + susu cair
Akhir sekali masukkan tepung skit demi skit

Bahagikan kepada 3 bhg, ikut colour yg disukai merah, hijau, kuning

Masukkan adunan merah dlm loyang, ratakan....tabur serbuk koko memenuhi lapisan merah, masukkan pula adunan hijau dan tabur serbuk koko spt tadi dan ulang hingga adunan habis.

Bakar 45', suhu 160 C

Nota : lapisan kaler2 tu kena tebal sbb bila melapis, lapisan koko tak terikut sama.

Blackforest Cake-1kg

Peminat setia blackforest kek.Setiap kali order mesti blackforest kek.Kak Na jiran seberang jalan tempah untuk birthday si bongsu Illy yg ke 9 thn..

Peach Cake-2kg

 
Kek yang ditempah oleh si isteri untuk birthday si suami..Dalam kek diperkaya dgn peach slices & dilitupi dgn fresh cream di luarnya..