PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Terima kasih kerana sudi singgah di sini :) Jemput tengok-tengok, kalau berkenan boleh order. Untuk produk yang lain, sila lihat di home :))

Latest product

Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

2014

Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq

Carrot Walnut Cake,Chocolate cake,cream puff,Fruit Tart

 

Haa..ni semua orsr dari Tarina utk celebrate birthday anaknya..

Rainbow Cake with cheese topping


Salam.Kalau byk hari x jenguk rumah ni mmg saya sedang busy dengan tempahan la tu..Ni kek yg tertinggal nak masuk dlm ni.Tarina order lg sekali Rainbow kek ni,kali ni utk birthday kakak & adik plak..Dia order beberapa kek lain lg,nnt saya update kat entry lg satu ye..


Tiramisu


Tiramisu ni saya buat utk meraikan kejayaan anak buah dlm SPM.

Carrot Walnut Cake


Carrot walnut cake ni tempahan dari jiran saya utk makan2 di majlis pernikahan anaknya..Dua kali dia order,yg first tu x cukup katanya..phewww...

Red Velvet Cake


Red Velvet Cake utk Liverpool fan..

Red Velvet Cake & Tortilla Chicken



Red Velvet..Red Velvet...tempahan dari Yana..jalan ke Putrajaya kek ni..Yana tempah tortilla chicken roll juga


Cream puff & Red Velvet cuppies


Cream puf & Red Velvet ni anak sedara tempah utk makan2 kat ofis. 50 pcs cream puf & 25 pcs red velvet cc.

Carrot Walnut cupcakes


So loving..Pesanan dr isteri utk suami..Setiap thn si isteri meminta sy menghantar kek utk birthday suaminya,nasib ofis suaminya x jauh hehe...Kali ni Faz order carrot walnut cupcakes..


Cream puff


Cream puff datang lagi..Jangan jemu ya tengok gambar cream puff..sebab sedap kot yg org selalu order hehe..Kalau nak rasa tempahlah..Yang ni tempahan dari kawan kepada birasku Muzy dr UITM Puncak Alam..tq..


Bingka roti


Bingka roti ni mmg sedap.Rasanya lemak2 ditambah dgn lauk kat atasnya..mmmm...ni kali kedua sy buat bingka ni.Cubalah buat mmg sedap..Resepi sy ambil dari blog cik mat gebu di sini. Untuk rujukan saya sertakan resepi di bawah ni..Kalau tengok kat blog cik mat mmg menggiurkan gambarnya..

BAHAN KUIH TALAM@BINGKA :-)
6 -7 keping roti putih, dipotong kecil
400 ml santan (mat guna 200 ml santan + 200 ml susu cair)-saya guna santan semua
1 1/2 camca besar tepung gandum
1 1/2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur
Garam secukup rasa
1/2 camca teh gula (yang ni mat tambah)

BAHAN LAUK :-)
200 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang
1 biji sederhana kentang, kupas dan dadu kecil, rendam
1/2 batang lobak merah, kupas kulit dan dadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk halus)
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 1/2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 pokok daun ketumbar, hiris (yang ni mat gebu tambah)
500 ml air
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam dan gula secukup rasa dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan lada hitam dan daun ketumbar, kacau rata, matikan api, angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci (loyang 10 x 10). alas dasar tin dengan aluminiun, biar berlebih pada kiri dan kanan tin, lenser juga dengan mentega. Ketepikan. Roti yang dipotong kecil tadi direndam dengan santan + susu tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Tuang dalam tin dan bakar 30 minit.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tekan sedikit dengan sudu. Tabur bahan lauk (n0.1) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.

Tips: * Kuih kena biar betul2 sejuk sebelum dipotong
           * Lepas potong, lap pisau sebelum melakukan pemotongan seterusnya untuk        mendapat hasil yang lebih kemas. 
          * Untuk hiasan atas tu selain daging itu sendiri, anda juga boleh menabur hirisan     daun sup/daun bawang, cili hirs dan bawang goreng. 


Donut


Donut yg sgt lembut & gebu.Sampai esok pagi pun masih lembut..Kalau nak cuba resepi seperti di bawah.


  • 500 gram tepung protein tinggi/tepung roti
  • 50 gram susu tepung
  • 11 gram ragi segera @ mauripan
  • 200 gram kentang yang telah dikukus, lenyek dan sejukkan
  • 100 gram gula pasir (saya guna gula halus)
  • 75 gram mentega
  • 1/2 tsp garam
  • 4 biji kuning telur
  • 100 ml air sejuk

Dalam bekas, campurkan tepung, gula, susu tepung, ragi segera dan kemudian gaul rata. 
Masukkan kentang yang telah dilenyek dan disejukkan tadi. Gaul rata. 
Masukkan telur dan air sejuk, uli sehingga sebati.
Masukkan mentega dan garam, uli lagi sehingga elastik. 
Rehatkan selama 15 minit.
Timbang doh seberat 50gram dan kemudian bulat-bulatkan. 
Rehatkan lagi selama 20 minit sehingga kembang. 
Lubangkan ditengahnya menjadi bentuk donat. 
Goreng dengan minyak yang penuh dengan kepanasan yang sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan dengan tisu masakan. 
Taburkan gula yang telah dimesin halus atau disaluti dengan coklat. Ikut suka anda.

Tips untuk menghasilkan yang cantik dari Fatimah Bahalwan
  1. Sediakan semua bahan terlebih dahulu tanpa ada yang tertinggal satupun walaupun garam.
  2. Ragi tidak boleh dicampurkan dengan garam atau mentega. nanti ragi mati dan adunan tidak mengembang. Garam dan mentega dimasukkan kemudian setelah adunan sudah menjadi doh.
  3. lenyek kentang sehingga benar-benar halus. Jika perlu boleh diblender supaya adunan licin dan tidak berbiji-biji.
  4. Setelah kentang dilenyek ia harus di sejukkan terlebih dahulu. Jika tidak disejukkan boleh menyebabkan ragi tidak mengembang.
  5. Uli adunan sehingga elastik sehingga apabila dibulatkan, permukaannya halus dan licin. Bulatan yang halus dan licin akan membuatkan donat cantik apabila digoreng. 
  6. Rehatkan adunan selama 20 minit (bergantung pada cuaca ditempat anda), tutup dengan plastik/kain bersih supaya permukaannya tidak kering.
  7. Buat lubang ditengahnya kemudian digoreng dengan minyak yang sederhana panas (jangan terlalu panas supaya bahagian dalamnya masak sempurna)
  8. Dengan mengunakan chopstik, buat gerakan membulat pada lubang donat ketika donat mula digoreng supaya bentuk donat bulat cantik.
  9. Bila bahagian bawah donat sudah kekuningan, terus balikkan. Angkat dan toskan.


Hazelnut Coffee Cheesecake


Yg ni Hazelnut coffee cheesecake,walaupun gambar minnie tp kek ni utk adult ye..mungkin dia minat minnie..


Red Velvet lagi..


Red Velvet lagi...Al_Zaronah order ni utk birthday anaknya..

Oreo Cheesecake,Cream puff


Oreo Cheesecake ni tempahan dari Azah Kelana Jaya utk birthday husbandnya,tp x surprise sbb husband dia sendiri yg dtg ambik kek & cream puff ni.Apapun harap Azah & family enjoy ye..

Roti Jala


Roti jala & kari ayam tempahan dari Zuraidah JPJ.Dah jadi regular customer nih..


Caramel Cheesecake,Bluberry Cheesecake


Caramel cheesecake & Bluberry cheesecake tempahan dari cikgi kat sekolah di Bukit Beruntung..

Red Velvet cake


Red Velvet ni tempahan Aina dr Bukit Bandaraya Shah Alam,

Komen Aina: Thanks akak,sedap kek tu,dia nye creamcheese pun sedap..

Milky Marble Cake


Nama kek ni Milky Marble kek.Tapi saya x marble kan,saya biarkan plain.Mmg sedap rasa kek ni.Kalau nak cuba saya sertakan resepi di bawah ni:

MILKY MARBLE CAKE
Sumber: Chef Norzailina Nordin

Bahan bahan

250 gm butter
230 gm gula castor
2 sudu teh ovallete
4 biji telur
270 gm superfine flour
1 camca teh baking powder
60 gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 sudu teh chocolate emulco

Cara cara

1. Ayak tepung dan baking powder bersama sama dan ketepikan.
2. Putar butter, gula dan ovalette hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar adunan.
4. Kaup balikkan tepung dengan adunan tadi dengan spatula atau senduk kayu.
5. Masukkan susu pekat dan gaul sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar. Gaul sebati.
7. Griskan loyang kek dengan butter, kalau suka boleh letak kertas minyak.
8. Tuang adunan sesenduk bermula dengan adunan warna asal kemudian diikuti adunan berwarna coklat. Buat silih berganti hingga habis adunan.
9. Panaskan oven, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 -50 min atau sehingga masak bergantung pada oven masing masing.
10. Cucuk dengan lidi dibahagian tengah kek, kalau lidi ditarik keluar tidak melekat bermakna kek sudah masak.
11. Sejukkan sebelum dipotong. Sedia untuk dikmati dengan minuman kegemaran anda.


Miost Chocolate Cake


Moist chocolate cake ditempah oleh Erin dr Banting.Dia mintak antar kat kwn dia di section 19 ni jugak..Saya punya ganache ni berjerawat sikit..

Rainbow Cake,fruit tart


Tarina order Rainbow cakes with Italian buttercream & 50 pcs fruit tart utk birthday anaknya..

Cream Puff


Tempahan dari staff UITM Puncak Alam..

Red Velvet cupcakes


Red Velvet kek utk org mengidam..akak ni baru lepas operation,dia mengidam cupcakes,so saya buatkan dia red velvet..

Wedding Cake

 

Ni kek yg sy buat sempena wedding anak neighbour..

Chocolate Brownies


Tempahan dari regular customer-Ekin.wahh Ekin celebrate kat KFC..