PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Terima kasih kerana sudi singgah di sini :) Jemput tengok-tengok, kalau berkenan boleh order. Untuk produk yang lain, sila lihat di home :))

Latest product

Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

2014

Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq
Strawberry Layer Cake

Birthday kek ni order dari Shada untuk si comel Naufal.Naufal suka Mickey character.Siap datang sendiri ambik kat rumah si Naufal ni,petah pulak tu..Happy birthday Apal!

Fruit Tartlet



Lagi2 fruit tartlet hehe...yang ni pulak Kak Yati order,datin bakal bisan dia order 150 pcs untuk makan2 kat rumah dia.

Fruit Tartlet


Kak Mimi order untuk dibawa ke Tanjung Malim untuk majlis makan2 kat rumah kakaknya.Mula order 50 pcs pastu nak tambah lagi,last2 dpt 60 pcs je..

Blackforest Trifle

Hmm..trifle lagi.Kali ni trifle ni jalan jauh sampai ke Taiping,naik bas lak tu.Wati order untuk makan2.Dia memang selalu order trifle sejak duduk di Shah Alam sampai dah pindah ke Taiping ingat lagi nak order.Tima kasih bebanyak ye Ti..semoga berpuas hati..
Moist Carrot cake with Cream Cheese Topping

Yang ni pun Fiza Volvo  order untuk nak abgi kat customer dia.Banyak order Fiza minggu tu sampai ada yg x sempat nak antar,dia kena datang pagi2 ambik kat rumah..kesian..Jangan serik Fiza ye..:)
Hazelnut Baked Cheesecake

Cheesecake ni Fiza Volvo order untuk birthday MD nya mat salleh.Katanya bos dia suka cheesecake.Atas kek tu sprinkle dengan walnut + hazelnut.Fiza kata management habiskan kek tu jam tu jugak x sempat dia nak tumpang rasa..alhamdulillah...
Vanilla Butter Cake

Kek ni order dari Fiza Volvo untuk birthday officematenya. Fiza ni mmg regular customer,ni order yg ke berapa kali dah x ingat.Hopefully Fiza berpuas hati dgn kek ni.
Orange butter Cake

CIMB Call Centre order untuk monthly birthday celebration.Berat 1.5kg.

Chocolate Cake in chocolate theme


Kek ni Kak Timah order untuk perkahwinan adiknya di Section 19 Shah Alam. harap Kak Timah berpuas hati dengan kek ni ye...


Chocolate cake



Kek ni ditempah oleh Sue dari Ampang.Mulanya ingatkan kawan saya yg order sbb no phonenya lebih kurang, heran jugak kenapa suruh antar sampai ke Ampang,dah sampai tu baru la ingat nak tanya nama rupanya silap org,ini first time customer order...thanks Sue sudi order kek dgn Mycakes..nnt order kek kawin lak yer...

Puding Chocolate


Puding chocolate ni mmg marvellous,ditambah lagi dgn chocolate sos & krim kat atas mmg umpphhh.nak buat pun mudah aje.kalau ada sesapa nak cuba ni resepinya.Saya ambik dari majalah Saji.

Puding Coklat Azura

250gm cooking chocolate (guna chocolate mahal lg sedap)
4 biji telur
100gm mentega
180ml susu
1camt vanila
100gm walnut chopped (saya tambah ni untuk bagi ada rasa kekacang)

Cara:
1.Cairkan coklat & butter secara double boiler.Biar suam
2.Bila coklat dah suam masukkan telur serta susu dan pukul hingga sebati.
3.Masukkan dalam acuan kecil dan kukus dengan api sederhana selama 25 hingga 30 minit.

Setelah sejuk boleh hias dengan sos coklat & krim atau bolah dimakan dengan aiskrim vanilla.
Japanese Cotton Cheesecake


Kepada penggemar cheesecake tapi dah muak dengan heavy cheesecake boleh la try kek ni plak...rasa dia cheese tapi light,bila makan satu nak satu lagi...ngap..ngap..rasa dia ala2 spongy..combination chocolate & strawberry jam as topping mmg ngam..