PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Terima kasih kerana sudi singgah di sini :) Jemput tengok-tengok, kalau berkenan boleh order. Untuk produk yang lain, sila lihat di home :))

Latest product

Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

2014

Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq

Pineapple upside down cake

 

Pineapple Upside down cake.Resepi ni sy dapat dr fp Rinnchan.Sedap kek ni,lepas sekeping..sekeping mkn..Saya x nak habiskan sorang2 sbb hmm tau la kann..kt ni semakin mengembang,kalo menguncup x pa belasah mkn byk manapun..jadi sy berbahagi la pd jiran2...dpt merasa sorang sikit..Resepi boleh dpt dr sini.Tetapi utk memudahkan sy c&p seperti di bawah ni...Ikut sebijik resepi x da ubah apa2..

PINEAPPLE UPSIDE DOWN CAKE 
Sumber : myresipi.com 


BAHAN-BAHAN: 
250g mentega 
200g gula caster 
250g tepung naik sendiri 
5 biji telur gred A 
1 tsp essen vanilla 
Gegelang nenas dalam tin 
5 tbsp sirap nenas (air dlm tin nenas tuuu....) 
Gula perang secukupnya 
Ceri merah/hijau/cincang secukupnya 

CARA-CARA: 
1. Lengser loyang bulat 9" dan lapik dengan kertas. Lengser sedikit lagi atas kertas.
 2. Taburkan gula perang dan susun gegelang nenas. Isikan ceri bulat atau ceri cincang ke dalam lubang gegelang nenas. 
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memukul hingga sebati.
 5. Masukkan esen vanilla dan sirap nenas. 
6. Perlahankan speed mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul setakat sebati. 
7. Tuang adunan ke dalam loyang tadi. 
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 min - 35 min.
 9. Biarkan kek sebentar baru diterbalikkan dawai penderai.