PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Terima kasih kerana sudi singgah di sini :) Jemput tengok-tengok, kalau berkenan boleh order. Untuk produk yang lain, sila lihat di home :))

Latest product

Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

2014

Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq

Chocolate Cake topping chocolate ganache

1kg @ 8"
Nadia order kek untuk birthday kat ofis dia.Nak hiasan semua coklat dengan bunga2 sekali warna coklat hehe..

Komen: Sedap!Sume org puji sedaap n murah!da siap promote lagi kat kawan2 hehe..
           
Thanx Nadia...

Blueberry Cheesetart & Fruit tartlert

Fruit tartlert & blueberry cheesetart ni order dari orang tengah sarat mengandung,tetiba mengidam nak makan tart..Zana order 10 biji blueberry cheesetart,10 biji strawberry cheesetart &50 biji fruit tartlert.Jadi la tu Zana ye untuk lepaskan rasa mengidam ye.

Cream puff

Cream puff ni saya saja buat untuk diberi pada Lina,datang angin rajin sebab dah lama wat cream puff ni.Saja letak chocolate drizzle kat atas tu nak bagi menarik sikit konon hehe..kalau buat org tempah xde pun coklat tu sebenarnya..

Chocolate Brownies

2kg @10"

Ni pun order dari regular customer, Lina dari DRB Hicom untuk birthday anaknya.Lina request kek ni dihantar ke Taska anaknya di Section13 Alam.Awalnya Lina nak dtg ambik kat rumah tp waktu tu kek blm siap lg,rupa2nya dia MC ari tu sbb kena "kayap" kat kaki...sian dia.

Komen: The kids really enjoy the cakes & the puffs.
            Thanks Lina

Chocolate cupcakes

Size M @16pcs

Hmmm...cupcakes MU ni pun Fiza dr Volvo gak order untuk birthday Human Resource Manager kalau x silap dengar la...Orang ni mmg fan MU..layann..

Strawberry Butter Cake

1.5kg @ 9"

Ni pun kek yang Fiza order  gak.Dia nak kek strawberry ni coated dengan chocolate ganache.Kek ni berat 1.5kg.Thanks ye Fiza..nnt order lg ye...


Birthday cake-Carrot Cake with Cream Cheese

1.5kg


Seperti biasa kek ni Fiza dari Volvo order untuk birthday celebrtion kat ofisnya.Fiza order agak last minute,so dah kata kat dia x sempat nak gi antar sbb bz dengan order lain,dia kata xpe dia dtg pick up kat rumah,sian Fiza ye sib baik ofis dekat je..

Birthday cake-Chocolate Cake

1kg@8"
Dah lama tak update blog kesayangan ni,x sempat nak jengok pun,sibuk balik kampung la,jalan2 la almaklum cuti sekolah..ok kat atas ni kek order dari Nadia Komuter raya sec 19 Shah Alam untuk birthday anak2 dia.Ketiga2 sekali celebrate sekali,senangkan..

Prune cake

1kg@8"


Kek prune untuk hantaran pertunangan Nadia.Combination 3 colors.Nak dapatkan color maroon tu mmg susah,setelah dicampur2 warna baru dpt warna gitu..

Blackforest Trifle


Trifle order dari Aisyah (ye ke spell nama mcm ni,kalau salah sorry ye Aisyah). Aisyah keja kat UITM kat sg Buloh,balik keja terus pick up,sian dia terkejar2...jangan serik ye aisyah..
Black Forest Trifle

Trifle ni order dari kak Timah untuk birthday anak dia.Dia kata dah jemu makan kek so nak tukar angin pada trifle lak..dia kata sekali hadap je licin,suami dia yg x suka kek pun boleh makan trifle nih..ye la kak Timah nnt order lagi k..

Black Forest Cake

1kg@9"

Mother's Day dah lama lepas tapi gambar baru nak entry.Kek ni mcm biasa la diorder oleh anak2 Cikgu Rokizah,kali ni untuk surprise sempena hari Ibu,tapi kali x leh surprise sbb emaknya dtg sekali waktu nak collect kek hehe...Sama jugak order last minute,call ari Jumaat nak ambik Sabtu,nasib baik barang2 mmg dah standby..

Marble Cake


Nurul DRB Shah Alam order untuk officematenya.Officemate dia ni x suka makan krim,kalau boleh tu nak kek kosong je,tp x cantik la plak kalau x de hiasan sikit2,so ni hiasan yg paling minimum dah ni.Pulak tu salah tulis nama kat atas.Nurul ni pakai cakap nama thru phone je,rupa-rupanya nama orang ni Raja faizal..huhu...

Carrot cupcake with Cream Cheese Topping


Cupcakes order dari Kak A (cousin) kat Sec 11 Shah alam untuk birthday anak sulung Alya. Kek ni nak bawak ke Kemaman nak celebrate kat sana sbb kebetulan diaorang ada treasure hunt...Yang ni size M 25 pcs.