PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Terima kasih kerana sudi singgah di sini :) Jemput tengok-tengok, kalau berkenan boleh order. Untuk produk yang lain, sila lihat di home :))

Latest product

Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

2014

Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq
Pancake

Ada suatu hari tu hujan lebat kat sini.Tetiba hubby cakap hujan2 gini kau makan pancake sedap gakkan?? hmmmm nak suruh wat la tu.Belek2 resepi jumpa la resepi yg Jeni penah post dulu.Kalau ada sesapa nak cuba ni resepinya:-

Good Old Fashioned Pancake
Sumber : http://allrecipes. com/Recipe/ Good-Old- Fashioned- Pancakes/ Detail.aspx

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
1 sdt garam (saya kurangkan pada 1/2 sdt sahaja)
1 sdb gula (saya tambah kepada 2 sdb)
1 1/4 cawan susu segar (saya jadikan 1 3/4 cawan kerana sukatan asli tu batter saya jadi pekat sangat)
1 telur
3 sdb mentega dicairkan
Saya tambah 1 sdt esen vanilla

Cara

Ayak tepung, baking powder, garam dan gula.

Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati semuanya.

Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.

Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.

Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan. Biar seketika dan angkat.

p/s: saya nak cepat,masukkan semua bahan blender preeetttttt...terus masuk kuali...siap..Saya makan dengan honey + butter...

Tiramisu Cake

Hari tu anak sedara nak celebrate birthday kat sini.Dia request buat kek Tiramisu.Pada yang suka rasa kopi boleh cuba tiramisu ni.kat atas ni kek yang telah dipotong.