PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Terima kasih kerana sudi singgah di sini :) Jemput tengok-tengok, kalau berkenan boleh order. Untuk produk yang lain, sila lihat di home :))

Latest product

Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

2014

Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq

Fruit tartlet

 
Gambar mcm gelap sikit..angle x betul ni..Fruit tartlet ni Fiza olvo order untuk majlis makan2 kat ofis.Sekali-sekala muncul Fiza ni..

Chocolate Brownies-2kg

Nama anak ni sama mcm nama anakku...teruja..bezanya anakku nama Aiman Darwisy,so nampak beza kat mana kann...

Chocolate & Strawberry Cake-3kg++

Alamakkk ada satu gambar lama lupa nak upload..aiiyyooo mmg lama betui nih..bulan jan ari tuh...kena masuk jugak nnt kak mimi bising gambo dia x masuk dalam nih..Kek ni ada 3 lapis,bawah strawberry,tengah chocolate & atas strawberry.Ini kiranya celebrate besday ramai2,kumpul semua bulan Jan nye besday,potong kek sekali hehe..senangkan..

Carrot Walnut Cupcake-M16,mini muffin

                                                                              

 


Carrot Walnut cupcakes ni untuk ibu & kawan2 & mini muffin ni untuk anaknya & kawan2. Kedua-dua ditempah oleh Darwina @Proton.Darwina tengah sarat mengandung,sebelum deliver nak makan akaknye carrot walnut kek dulu katanya..pegi antar kat SACC Convec,dia ada training kat situ...

Chocolate Cake-1kg,cupcakes vanilla & chocolate

 
Mak Busyra ni memang salah sorang regular customerku..dia antara org memberi sokongan pada bisnesku...tq very much..dia tempah kek ni untuk di bawak ke Tadika Busyra.Cupcakes tu untuk kawan2 sorang satu. Dulu Busyra ni satu taska dgn anakku,tu yang mak2 ni boleh kenal & seterusnya menjadi customerku...

Chocolate cupcakes-S size-16

Saya dpt msg dari seseorg nak tempah cc untuk nak surprise kawannya.Dia mintak kek ni dihantar pada kawannya di Seksyen 17 Shah Alam.Sampai kat depan rumah je,terpinga-pinga si penerima ni tiba2 ada orang datang antar kek.Lelaki rupanya si penerima kek dia ni,sib baik dtg ngan bodyguard :).Dia sendiri pun x ingat birthday,orang lain tolong ingatkan hehe...alhamdulillah dia suka akan kek ni..TQ ye Anis (org yg order kek ni).Dari perak rupanya Anis order kek ni...

Chocolate Cake

 
Kek perkahwinan ni untuk Anas,abang Aisyah.Regular customer yang selalu nak telur Omega3.Kali ada sikit miscommunication,kek ni dr p'puan untuk lelaki,saya sepatutnya guna telur Omega3,tapi tersilap dengar maka saya guna telur biasa,so akibat kecuaianku ayah pengantin lelaki x leh merasa kek tu sebabnya dia hanya boleh makan telur Omega3 sahaja...mintak maaf banyak2 ye..

Blackforest cake 1kg

Aisyah ni regular customer,everytime order mesti blackforest kek & menggunakan special telur Omega 3.
Happy birthday Aisyah...

Carrot cake,chocolate cupcake s-25

Order terakhir kak Norila,yg ni tertinggal ketapi lak..

Budget cupcakes


Pun antara tempahan kak Norila hehe..cupcakes ni sebanyak 250 pcs.

Marble Cheese Brownies,Puding Karamel,puding Coklat

Antara lagi yang ditempah oleh kak Norila...Disebabkan dia tempah banyak jenis,maka dengan berbesar hatinya saya memberi puding karamel ini secara percuma..

Japanese Souffle Cheesecake

Jugak tempahan dari kak Norila untuk majlis yang sama.banyak jenis yang akak ni order.nanti saya masukkan satu persatu.


Blackforest trifle

Salam,

Lama x jenguk rumah ni,kesibukan melanda.Dah bersawang merata-rata dah rumahku..Ok lah dalam sibuk ni pun kena gagahkan diri jugak untuk update mana yang sempat.

Hmm...blackforest trifle lagikk..tempahan dari kak Norila sempena farewell anaknya nak ke Australia....

vanilla cupcakes-M16

 
Last minute nye order,nak gambar MU plak,nak lukis x dan dah (+ tak tau),so terpaksa la buat keputusan drastik,order gambar MU ni dengan diana delight,nasib baik dia boleh buat,kelam kabut malam tu jugak pegi collect gambo,sib baik semuanya berjalan lancar,esoknya deliver kek dgn penuh senyuman,tp pesan lenkali kalu nak kek gambo jgn le last menet huhu..o ya lupa dah cc ni Anna yg order untuk birthday bf dia kot..ce komen sikit Anna,ok ke kek ni?


Chocolate Cake-1kg

 
Diam x diam Asraf ni sudah masuk ke alam remaja..13 tahun sudah umurnya..tiap kali birthday maknya mesti nak order dgn Ashna..masih ingat dia lg dgn Ashna ye...Seperti biasa bila kek untuk boy je saya jadi ketandusan idea hiasan...Mak dia cakap ri tu jugak abis kek ni..alhamdulillahh...