PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Terima kasih kerana sudi singgah di sini :) Jemput tengok-tengok, kalau berkenan boleh order. Untuk produk yang lain, sila lihat di home :))

Latest product

Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

2014

Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq

Chocolate Cake in chocolate theme


Kek ni Kak Timah order untuk perkahwinan adiknya di Section 19 Shah Alam. harap Kak Timah berpuas hati dengan kek ni ye...


Chocolate cake



Kek ni ditempah oleh Sue dari Ampang.Mulanya ingatkan kawan saya yg order sbb no phonenya lebih kurang, heran jugak kenapa suruh antar sampai ke Ampang,dah sampai tu baru la ingat nak tanya nama rupanya silap org,ini first time customer order...thanks Sue sudi order kek dgn Mycakes..nnt order kek kawin lak yer...

Puding Chocolate


Puding chocolate ni mmg marvellous,ditambah lagi dgn chocolate sos & krim kat atas mmg umpphhh.nak buat pun mudah aje.kalau ada sesapa nak cuba ni resepinya.Saya ambik dari majalah Saji.

Puding Coklat Azura

250gm cooking chocolate (guna chocolate mahal lg sedap)
4 biji telur
100gm mentega
180ml susu
1camt vanila
100gm walnut chopped (saya tambah ni untuk bagi ada rasa kekacang)

Cara:
1.Cairkan coklat & butter secara double boiler.Biar suam
2.Bila coklat dah suam masukkan telur serta susu dan pukul hingga sebati.
3.Masukkan dalam acuan kecil dan kukus dengan api sederhana selama 25 hingga 30 minit.

Setelah sejuk boleh hias dengan sos coklat & krim atau bolah dimakan dengan aiskrim vanilla.
Japanese Cotton Cheesecake


Kepada penggemar cheesecake tapi dah muak dengan heavy cheesecake boleh la try kek ni plak...rasa dia cheese tapi light,bila makan satu nak satu lagi...ngap..ngap..rasa dia ala2 spongy..combination chocolate & strawberry jam as topping mmg ngam..
Pancake

Ada suatu hari tu hujan lebat kat sini.Tetiba hubby cakap hujan2 gini kau makan pancake sedap gakkan?? hmmmm nak suruh wat la tu.Belek2 resepi jumpa la resepi yg Jeni penah post dulu.Kalau ada sesapa nak cuba ni resepinya:-

Good Old Fashioned Pancake
Sumber : http://allrecipes. com/Recipe/ Good-Old- Fashioned- Pancakes/ Detail.aspx

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
1 sdt garam (saya kurangkan pada 1/2 sdt sahaja)
1 sdb gula (saya tambah kepada 2 sdb)
1 1/4 cawan susu segar (saya jadikan 1 3/4 cawan kerana sukatan asli tu batter saya jadi pekat sangat)
1 telur
3 sdb mentega dicairkan
Saya tambah 1 sdt esen vanilla

Cara

Ayak tepung, baking powder, garam dan gula.

Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati semuanya.

Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.

Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.

Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan. Biar seketika dan angkat.

p/s: saya nak cepat,masukkan semua bahan blender preeetttttt...terus masuk kuali...siap..Saya makan dengan honey + butter...

Tiramisu Cake

Hari tu anak sedara nak celebrate birthday kat sini.Dia request buat kek Tiramisu.Pada yang suka rasa kopi boleh cuba tiramisu ni.kat atas ni kek yang telah dipotong.

Black Forest cake


Black Forest cake ni mmg menjadi kesukaan keluarga cikgu Rokizah.Dah berkali2 order kek dgn Mycakes dan every time order mesti nak Black Forest..Kiranya ni black forest mania lah.heheh..diaorg ni pun suka last minit order gak,order ari ni esok dah nak ambik,sib baik barang2 semua dah ada so senang keja.Yang specialnya kek ni menggunakan telur Omega3 low cholesterol sbb ayah diaorg ni x leh makan telur biasa,regular customer punya pasal xpe kuturutkan jua...
Chocolate Cake


Ni kek bidan terjun.mana taknya dok tengah kelam kabut buat cupcake tiba2 adik ipar datang nak order kek birthday utk anaknya esok t'hari.Haru..haru...Kalau dah nak cepat tu otak x leh berfikir dgn betul,so hasil kek pun ala2 kadar je lah..nasib baik anak sedara,baru 2 tahun plak tu,ok la dia x tau complain lg hehe..

Chocolate cupcake

Student UITM order cupcake untuk dinner diaorg.Nak chocolate cupcake with simple design.Ini boleh kategori under budget cupcake..
Chocolate

Sebenarnya dah lama attend kelas chocolate tapi masa tak ada nak buat. Ada suatu hari tu dengan semangat berkobar2 kugagahkan jugak utk buat choc ni.Fillingnya peanut butter.Lepas ni boleh la ambik tempahan chocolate lak.Nnt saya update harga choc lak...
Popcake

Percubaan pertama membuat popcake!Banyak kekurangan sana sini dari segi design,kena cuba lg sampai puas hati baru boleh buka untuk tempahan..Yang atas ni popcake chocolate.Tapi rasa dia walla...

Carrot cake with cream cheese topping


Kekni merupakan repeat order dari Fiza kat Volvo. Dia nak deco sempoi jer..so mmg sempoi ler..Ni kali ke3 Fiza order. Dia kata lepas ni nak order lagi..alhamdulillah...
Blackforest Trifle

Blackforest trifle ni adik order gak.anak dia suka gak puding ni mungkin sbb ada rasa2 krim kot.Saya pun suka sebab ada rasa ala2 aiskrim kat lapisan tengah dia..yummy...
Caramel Cheesecake

Caramel Cheesecake adik order,dia kata dah lama x makan cheesecake & anak dia pun suka.Dua kek dia punya lagi satu kawan sekolah dia order.Depa ni mmg suka yang kecik2..


Blueberry cheesetart ni order dari ofismate Ula.Selalu gak diaorg dok order cheesetart ni buat makan-makan...