Pancake
Ada suatu hari tu hujan lebat kat sini.Tetiba hubby cakap hujan2 gini kau makan pancake sedap gakkan?? hmmmm nak suruh wat la tu.Belek2 resepi jumpa la resepi yg Jeni penah post dulu.Kalau ada sesapa nak cuba ni resepinya:-
Good Old Fashioned Pancake
Sumber : http://allrecipes. com/Recipe/ Good-Old- Fashioned- Pancakes/ Detail.aspx
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
1 sdt garam (saya kurangkan pada 1/2 sdt sahaja)
1 sdb gula (saya tambah kepada 2 sdb)
1 1/4 cawan susu segar (saya jadikan 1 3/4 cawan kerana sukatan asli tu batter saya jadi pekat sangat)
1 telur
3 sdb mentega dicairkan
Saya tambah 1 sdt esen vanilla
Cara
Ayak tepung, baking powder, garam dan gula.
Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati semuanya.
Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.
Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan. Biar seketika dan angkat.
p/s: saya nak cepat,masukkan semua bahan blender preeetttttt...terus masuk kuali...siap..Saya makan dengan honey + butter...