PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Terima kasih kerana sudi singgah di sini :) Jemput tengok-tengok, kalau berkenan boleh order. Untuk produk yang lain, sila lihat di home :))

Latest product

Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..

2014

Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq

Fruit tart

Tempahan dr rakan alam maya utk makan2 kat rumahnya..

Carrot walnut Cake

Kek tempahan dr isteri mintak di hantar pada suaminya yg bertugas di jabatan jenayah narkotik klang..polis la ni...

Fruit tartlet

 
 
 
Lagi koleksi2 fruit tart...sila jamu mata..

Apple pie

Tiap kali pi Coffee Bean mesti nak makan apple pie..tp kalo tiap2 hari bankrup lakan..rm8 sepotong,nak x nak kena la belajar wat sendiri...Dah 2x cuba,sy suka..resepi saya ambil dr blog tiffin biru di sini. Yang cik mat punya lg cantik..

Sy C&P resepi di sini jugak utk rujukan...tapi kat atas sy wat crumble mcm kat Coffee Bean..

Apple pie

BAHAN PASTRI :-)
200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh) 
80 g mentega @ margerine
1/2 camca teh esen vanilla 
50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI :-) 
2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok) 
1/4 cawan dried cranberries, contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis) 
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar) 
1 camca besar mentega 
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung
1 kuning telur, untuk disapu atas pie



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.
  2. UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.
  3. UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.


Resepi crumble topping sy ambik dr buku Langkah Demi Langkah bersama Chef Anuar

100gm mentega
200gm tepung gandum
100gm gula kastor
sedikit garam
sedikit esen lemon (x letak)

Cara:-

-Cairkan mentaga & masukkan tepung,gula kastor & garam.
-Gaul & ramas dgn tangan sehingga adunan berketul2
-Ratakan ke atas adunan pie sehinggan menutupi permukaan,kemudian bakar,suhu ikut oven masing2 ye..

*utk resepi apple pie di atas,sy guna separuh resepi crumble topping.

Red Velvet Cupcakes

Cupcakes pertunangan tempahan dr Darina.Customer bg contoh dr blog Kamalina Cakes...Credit to kamalina & mintak halal ye,cust nak awk nye design..of course dia nye lg cantik la hehe...

Orange cake coated with chocolate ganache

Orange kek tempahan dr regular customerku..Nurul DRB..2in1 celebration,birthday & anniversary..

Koleksi Cream puff

 
Lagi2 cream puff..jgn la boring tengok ye..dah org suka,buat je la...

Makan2

Antara menu2 yg dibuat waktu acara cabutan duit kutu kat rmh ari tu.Saja ja nak tunjuk hehe..kasi terlioq..

Blackforest Cake,Roti Jala,Cream puff

 
Ni pun tempahan dr Iadah UITM tp ni utk mkn2 kat office.Roti jala tu ada 2 tones color,sbb apa?sbb bancuhan lain2 la..Blackforest lak,mmg dipenuhi dgn forest kat atas tu,tp forest yg blh dimkn hehe..Ada lg order dr depa ni...nnt masukkan kendian ye..

Komen: Alhamdullillah semua puji food akak sedap,kwn2 tpt keje semua puji termasuklah doc2....tqq lg...

Fruit tart,roti jala,Japanese Cotton Cheesecake

 
 
 
Kali ke2 Iadah order utk mkn2 kat rumahnya..fruit tart ada,roti jala ada & the one and only japanese cotton cheesecake...thanks a lot ye..puas ati la tu kalu x takkan nak order lg..ye tak..hehe..


Japanese Cotton cheescake

 
Kek yg pertama kali ditempah oleh Iadah UITM,suruh letak buah penuh2 atas kek..ni la hasilnya..sedap ke x??kena la tanya Iadah ye x...Mmg rasanya kena letak buah2 so that ada rasa masam2 sket..

Komen Iadah: kawan2 saya kata kek tu sedap la..semua kata kek tu sedap,x puas makan sbb x muak..tqq..


Bluberry cheesetart

 
Koleksi bluberry cheesetart lg yg ditempah oleh org yg berbeza..

Orange Cake coated with chocolate ganache,Roti jala

Tempahan dr Azah Kelana Jaya..