Lagi koleksi2 fruit tart...sila jamu mata..
Pages
Latest product
Kami mempunyai banyak produk terbaru...Untuk melihat product terbaru sila click NEW! di bawah header..jangan lepaskan peluang untuk mencuba..
2014
Untuk tahun 2014 ni ingin berkongsi ilmu yg telah saya pelajari dengan anda semua...saya akan membuka class utk anda mempelajari menu yg terdapat di dlm blog ini...anda pilih module dan saya akan memberitahu jumlah yuran utk kelas tersebut...tq
Apple pie
Tiap kali pi Coffee Bean mesti nak makan apple pie..tp kalo tiap2 hari bankrup lakan..rm8 sepotong,nak x nak kena la belajar wat sendiri...Dah 2x cuba,sy suka..resepi saya ambil dr blog tiffin biru di sini. Yang cik mat punya lg cantik..
Sy C&P resepi di sini jugak utk rujukan...tapi kat atas sy wat crumble mcm kat Coffee Bean..
Apple pie
BAHAN PASTRI :-)
200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
80 g mentega @ margerine
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais (kurang lebih)
BAHAN INTI :-)
2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
1/4 cawan dried cranberries, contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis)
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung
1 kuning telur, untuk disapu atas pie
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK PASTRI :- Masukkan
tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan
hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air
sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk
adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak
usah bimbang jika air tak habis digunakan.
- UNTUK INTI :- Panaskan
mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula
perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut.
Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul
rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas,
biar inti sejuk.
- UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik
setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang
dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti
(kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi
permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk
permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti
masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada
suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.
Resepi crumble topping sy ambik dr buku Langkah Demi Langkah bersama Chef Anuar
100gm mentega
200gm tepung gandum
100gm gula kastor
sedikit garam
sedikit esen lemon (x letak)
Cara:-
-Cairkan mentaga & masukkan tepung,gula kastor & garam.
-Gaul & ramas dgn tangan sehingga adunan berketul2
-Ratakan ke atas adunan pie sehinggan menutupi permukaan,kemudian bakar,suhu ikut oven masing2 ye..
*utk resepi apple pie di atas,sy guna separuh resepi crumble topping.
Labels:
Resepi
Red Velvet Cupcakes
Cupcakes pertunangan tempahan dr Darina.Customer bg contoh dr blog Kamalina Cakes...Credit to kamalina & mintak halal ye,cust nak awk nye design..of course dia nye lg cantik la hehe...
Labels:
Cupcakes,
Engagement Cake,
Red Velvet Cake,
Shah Alam
Subscribe to:
Posts (Atom)